Jambatan Roller Coaster Di Jepun

Sekali pandang jambatan yang terdapat di Jepun ini memang tak ubah bentuknya seperti Roller Coaster. Pelik tetapi unik. Jambatan yang ketiga terbesar di dunia ini diberi nama Jambatan Eshima Ohashi di Jepun. Bentuk jalannya dibina dengan begitu tinggi dan cerun bagi membolehkan kapal-kapal besar melalui bawah jambatan tersebut.
Jambatan Roller Coaster Di Jepun
Jambatan ala-ala Roller Coaster konkrit ini dibina merentasi Tasik Nakaumi. Ia menghubungkan bandar-bandar di Matsue dan Sakaiminato.
Jambatan Roller Coaster Di Jepun
Jambatan Eshima Ohashi hanya mempunyai dua lorong sejauh satu batu mempunyai kelebaran 11.4 meter menjadikannya jambatan kukuh yang terbesari di Jepun.
Jambatan Di Jepun
Kerana bentuknya yang curam dan bengkok, ramai yang menggelarkan jambatan ini sebagai Roller Coaster di Tasik Nakaumi.
Jambatan Eshima Ohashi ini pernah dipaparkan dalam iklan Daihatsu Motor Co. sebagai bukti untuk menguji ketahanan kenderaan keluaran syarikat itu.
Cuba bayangkan kalau kita perlu jalan kaki merentasi jambatan ni…

No comments

Powered by Blogger.