20 Peraturan Berfesyen Agar Tidak Over!
Bergaya tidak salah brader, tetapi biarlah kena dengan caranya. Cubaan bergaya keterlaluan boleh menjadikan kita bahan ketawa orang yang melihat.
Ada beberapa peraturan yang perlu kita ikut agar gaya tidak pelik dan janggal. Takkan nak ke shopping complex pakai tali leher. Jika inilah gaya anda, anda perlu bantuan.
20 PERATURAN BERFESYEN AGAR TIDAK OVER!
8. Elak mengenakan pakaian yang berkilat.
Sebagai lelaki, kurangkan corak dan warna-warna terang pada fesyen anda. Jika anda memilih sut, pilih gaya klasik warna biru gelap atau kelabu dan serikan sedikit warna pada tali leher atau poket anda.
9. Sentiasa bersedia tampil segak.
Hari ini, pandangan kali pertama sering terus dilabel meskipun ketika anda sedang bersantai. Oleh demikian, pastikan anda sentiasa kemas untuk memastikan anda kelihatan seorang yang mengikut fesyen.
10. Pilih merah jambu jika buntu.
Lelaki sering keliru untuk memakai pakaian berwarna krim, kuning dan kelabu cerah sedangkan warna ini bukanlah kurang menarik. Namun, lelaki yang mempunyai kulit pucat tidak digalakkan mengenakan pakaian warna sedemian untuk elak kelihatan sakit. Ramai lelaki takut untuk mengenakan pakaian berwarna merah jambu sedangkan warna ini menjadikan lelaki kelihatan sihat, berseri-seri dan memikat wanita kerana menunjukkan keyakinan tinggi!
11. Padanan butang.
Tali leher yang dipakai perlu menutup butang pada kolar, pakaian pula perlu menutup butang seluar. Lelaki yang berpakaian singkat menampakkan anda seperti bekerja untuk NASA manakala pakaian serba panjang pula kelihatan seperti bekerja seperti bekerja sebagai ahli kongres!
14. Elak padankan blazer dengan seluar slake warna lembut.
Jika anda mengenakan blazer, baju putih dan jeans gelap adalah padanan yang paling serasi. Selagi anda memadankan blazer dengan khakis atau jeans gelap, ia pasti selamat. Tapi jangan sesekali padankan blazer dengan seluar slake warna lembut.
15. Pakai pakaian sama usia.
Elak menampakkan diri anda seperti terlalu muda atau terlalu tua dari usia sebenar. Kebanyakan lelaki tersepit dengan gaya kolej. Biarkan almari anda mengikut peredaran zaman.
16. Jika anda tidak mampu atasi masalah, tukar sesuatu kepada yang baru.
Sebagai contoh, jika rambut anda semakin menipis, apa kata botakkan kepala anda kerana ia lebih selesa malah ia sentiasa IN sepanjang masa.
17. Padankan tali pinggang dengan seluar anda.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki apabila anda mengenakan tali pinggang kecil bersama seluar besar. Akibatnya, anda mencipta gelembung udara di bahagian depan seluar anda. Ia memang memalukan!
18. Elak ada kesan ‘timbul’ pada zip seluar anda.
Sebolehnya, elak mengenakan pakaian dan seluar yang ketat kerana ia menampakkan tubuh badan anda seperti perut yang sedikit boroi dan ‘timbul’ di bahagian kelangkang anda! Kalau anda masih berdegil, jangan berasa pelik jika anda diperhatikan oleh lelaki-lelaki lain yang berkenan dengan anda! haha!
20. Bingkai kaca mata biarlah bersesuaian. Pilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka anda supaya wajah anda tidak kelihatan besar atau kecil dari tubuh sehingga menampakkan diri yang ‘pelik’.
PENUTUP
Kadang-kadang kita mahu meniru gaya seseorang tanpa menyedari bentuk fizikal diri sendiri. Untuk lebih selamat dan tidak menjadi bahan kritikan, sekurang-kurangnya peraturan ini perlu diketahui supaya anda tahu definisi fesyen. gempak
Leave a Comment